Sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itulah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan
kita asyik membicarakan
persoalan hidup dan pilihan
serta kejujuran semakin berkurang
masih tiada bertemu jawapan
walau kita dihadapkan
dengan pelbagai pilihan
mengapa seringkali terjadi
pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan
menghadapi masa depan
seolah telah terhapus
sebuah kehidupan yang kudus
... entry jiwang... will explain in details bila dah confirm...
Tuesday, November 10, 2009
Suratan atau kebetulan
Posted by Marini at Tuesday, November 10, 2009 0 comments
Tuesday, October 27, 2009
Packing barang...
Nak balik rumah! Seronok sangat. Qimi dah boleh balik.
Terima kasih banyak2 buat Dr.Soh, nurse2 dkt DSH dan tak lupa "the company" yang bayar bil :)
Posted by Marini at Tuesday, October 27, 2009 0 comments
Monday, October 26, 2009
Weekend @DSH
Berangan, plan nak g PD last weekend. Hotel pun dah booked awal2 lagi. At last kitorg bercuti kat d'sara specialist je... Huhu... Adik demam panas. First time g klinik hari jumaat, temp dia 37.1 so doktor bg ubat je. Tp malam tu panas dia tak kurang, pastu asyik muntah je, sampai muntah keluar air yang kaler kuning. So pagi sabtu pegi cek lagi, kali ni dah naik sampai 40... So, doktor advice bawa g spital. Adik asyik menangis je, aku pun menangis juga lah, kesian tengok dia, mesti letih dan lapar sbb asyik muntah je... So, kitorg anak beranak berumahtanggan kat spital. Sekali dgn cik farhana. Nasib baik time org tak ramai, dapat juga bilik yg 2 bedded dan kitorg je dok bilik tu. Kalau tak, runsing juga lah mana nak letak cik farhana tu... Dia mana reti bahasa, dah lah aktif, menyanyi 24 jam pula tu. Kalau ada patient lain, mesti org tension dgn perangai dia. Sampai semalam, keadaan adik tak byk berubah. Demam still ada, tp dah boleh senyum... (aku sedih betul bila tak dapat tengok dia senyum 2-3 hari sebelum ni)... Hopefully adik bertambah baik harini. Cepat2 sembuh dan aktif semula :)
Mula2 admit... Heran dgn 'gelang' kaler oren...
Tido...
Tido...
Dan tido lagi...
Posted by Marini at Monday, October 26, 2009 0 comments
Thursday, October 22, 2009
Communication breakdown?
Last friday, balik ipoh. Mak kat hospital lg. Ayah awal2 pagi dah pergi dekat mak. Anak2 & cucu2 bangun dekat tengahari kelaparan... Aku igt nak masak, tengok dlm peti ais tak de mende... Since ada motor je, dan aku tak tau nak naik motor so minta tolong herie ke kedai. Mulanya igt nak suruh dia pergi pasar, tp bila pikir balik, ntah apa yg dia beli nanti, s0 aku masak nasi, suruh herie beli lauk siap masak je kat kedai... Itupun failed....
Instruction dari aku:
1. Beli sup sayur atau masak lemak yang tak pedas untuk farhana.
2. Beli lauk berkuah, tapi taknak kari.
3. Kalau ada ikan masak sambal pun ok juga.
4. Apep lg yang kau (herie) nak makan lah...
Result (yg dibeli):
1. Sup sayur campur
2. Sup kundur (timun besar tu)
3. Sup bayam merah
4. Ayam goreng seketul
5. Ikan sumbat belakang sekor
6. Sambal belacan
Huhu... siapa yang bersalah?
Posted by Marini at Thursday, October 22, 2009 0 comments
Saturday, October 10, 2009
happy birthday cik farhana
Hari ni anak dara aku dah genap 2 tahun. So dengan budget yang ciput, aku dgn husband celebrate kecil2an je. Kitorang beli kek, pastu gi celebrate dekat taman tasik perdana. Kalau ada Herie, ramai lah sikit. Tp since mak tak sihat, Herie terus balik Ipoh lepas habis exam haritu... Jd, tinggal kitorg berempat je lah... Susah betul nak cari kek yg kecik untuk kitorg bertiga makan. Tak naklah beli besar2, nnt keras mcm tu je dlm fridge. Pastu nak cari sponge cake pun susah. Kalau beli kek yg bukan2 cik farhana dgn husband bukan makan. So setelah puas mencari, jumpa lah yg berkenan di hati dkt Kings'...
Birthday girl...
Birthday cake...Baca doa dulu...
Makan time... Dia habiskan more than quarter kek tu...
Qimi yg sentiasa murah dengan senyuman...
Posted by Marini at Saturday, October 10, 2009 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


